O W N E D

FOLLOW DBOARD



© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Two isn't enough [Part 1]

bismillahirrahmanirrahim,


We have joy, we have fun, we have season in the sun, like a na na na na na na na na na na na~
hahaha. aku tak ingat lirik actually :P regarding my post title above, 2 isn't enough, means... 2 years, my friends and I know each other, make laugh together, learn together, fight together also... maybe? haha. okay semuanya betul. hanya dua tahun aku kenal diorang, tapi dah macam 2 abad diorang ada dalam ingatan aku. muwahahaha. terasa macam hiperbola sangat. takkan la aku boleh hidup sampai 2 abad -,-" okay abaikan.

FYI aku dah lama tak update blog ni. nak oyak guano eh, bersarang boleh, berhabuk boleh, belako boleh. tapi aku harap blog ni tak ngajuk ngan aku. kan baby kan :P and aku ada cakap dekat sorang sahabat aku dekat Aspuri (Asrama Puteri) yang aku akan update pasal sekolah, and pasal asrama. so here is it :) aku tak tahu nak mula acane, acatu ke, acani ke, acane eh? macam pening je macam pening je -.-"

*I'm not in the picture*

7/2/2012 ; day first aku masuk sekolah Ma'ahad Amir Indera Petra. Ya Allah, seriously, semuanya rasa janggal, lain, berbeza. bila masuk pagar sekolah... banyak kali aku kentut. itu realiti okay, sbb aku nervous nak mampus. nak melayang rasa badan. 1st cikgu aku jumpa kat sekolah tu, Cikgu Nordin. dia lah yg uruskan semua pasal aku nak masuk sekolah tu. huuu haruuu, dapat masuk sekolah baru. banyak sgt benda aku terbayang time naik tangga nak pergi pejabat. orang kat sini macam mana, makanan kat sini macam mana, itulah, inilah. semua ada. dan makanan kat kantin sedap! terutama KEROPOK dia. oh i'm love in it~

so lepas tu aku gerak pergi kelas aku, guess what, naik kereta. sbb dekat bangunan baru. jauh nun di sana daripada pejabat. parah parah. and i already found my class. tingkat 1. okay, debar debar. tapi doa kat Allah moga dipermudahkan segalanya. and aku duduk tercongok depan pintu tebeng (terbentang) tulis 4SC2. time tu, Ustazah Yuhanis ngajar. and guess what, mula-2 meja tak cukup. and then ada hamba Allah carikan, tapi aku tak ingat siapa. haha. sorry :/ Hasanah cerita, time dia angkat meja tu.. tut tut keluar stoking dari meja tu, kay serius aku tak ingat pasal yg tu. huhu. 

buku teks, act benda ni yg paling aku benci, time nak hantar and time nak ambik. Ya Allah, Allah sahaja yg tahu berapa paun aku kene angkat. Haru~ time ni, Tengku Nur Syahirah, as my monitor yg tolong jadi penunjuk jalan. huuu Thank You :) and then masuk dlm kelas, senyap. sunyi. sekeliling bagi aku asing semuanya. tapi sesaat lepas tu, budak dalam kelas tu sapa aku, ask nama aku, dari mana, nama sekolah apa, ah lucunya rasa bila mula masuk, rasa macam baru form 1. kekeke. bila teringat ni, aku teringat kat diorang. Ya Allah...

model Surat Khabar? hahaha

time form 4... aku tak ingat mana pasal apa yg terjadi. hahaha, jeles dengan Hasanah yg boleh cerita semua pasal form 4. time ni aku ambik SMU [Sijil Menengah Ugama].

form 5 lah start semuanya, struggling to archieve our dream. semua ada matlamat masing masing, Ahli Farmasi, Arkitek, Cikgu, Doktor, Doktor Haiwan, Wartawan. yes, semua cita-2 diorang aku ingat lagi. tapi tak semua, kot. huhu. time ni semua sibuk nak study. okay awal tahun tak kuat mana, cuma ada lah sesetengah yang dah kuat study. tapi hakikatnya aku belum. boyfriend aku pada masa tu bukan buku lagi. hahaha. masa berlalu.... semakin hampir.... dgn SPM. aku nak pendekkan cerita, days before SPM, Cikgu Ubaidillah, malam tu. okay hari tu aku menangis, and kata-2 cikgu masih terngiang kat telinga aku, he said ;

"cikgu tak kesah awak dapat result macam mana, asalkan awak bangga dgn apa yang awak dapat, and redha dgn apa yang awak dapat. cikgu cuma nak awak semua jadi anak yang solehah, pelihara dunia dan akhirat. kita ni bukan hidup kat dunia je, akhirat pon kene utamakan. kita belajar nak cari keredhaan Ilahi, tak lain daripada tu" 

*Cikgu Ubye*

tobat aku sebak time dengar cikgu cakap macam ni, time duduk dalam kelas aku tak menangis. aku boleh tahan lagi. tapi bila dah habis kelas, aku keluar... and perkataan tu terngiang-2 lagi kat telinga aku. sampai pagar asrama, air mata aku jatuh jugak :'/ cikgu minta halal waktu cikgu kalau lambat masuk, tu pun buat aku sedih. mujurlah time tu buat jamuan Dorm. tak lah haru sangat hati ni. bhahaha. that day, kitorang buat ayam bakar. time kelas Sejarah ngan Cikgu Ubye tu, bau ayam bakar. wuhuuu , sedap :P


3/12/2013 ; day lepas semua hari hari perjuangan kitorang dah berakhir. Alhamdulillah, rasa macam semua beban yang dipikul jatuh. semua dah selesai, BM, BI, BA, Sejarah, PQS, PSI, Biologi, Fizik, Kimia, Add Math, Math. semua aku dah jawab, dan aku yakin dengan jawapan aku. insyaAllah akan keluar result yang daebak. Amin. something happen time ni, tapi hanya aku je yang tahu. tak perlu cerita kot. bhahaha :)

our Classroom teacher, Teacher Biee :*

4/12/2013 ; day hantar buku teks. okay berat nak mampus kot. habis beg kesayangan aku kene memikul beban. kesian kau. huhu. time ni jugak Ustaz tak bagi outing. okay aku frust, tapi apakan daya. waktu ni, jamuan kelas kitorang a.k.a. hari perpisahan untuk budak 5SC2. start makan, lepas tu busy ambik gambar. and berlakulah scene-2 yg menyedihkan. semua bersalaman, sbb nak balik dah. aku kuatkan diri, untuk tidak menangis! tapi, semua sebab Tengku, aku menangis jugak. cis, hilang kemachoan aku sebagai perempuan tegar. hahaha. nak buat acane, masing-2 buat ayat sedih. so masing-2 menangis. and i've present from Hidayah.  hewhew. alangkah bahagianya rasa. time ni, aku last dapat tengok dia. okay :')

cerita aku macam takde permulaan, klimaks, pengakhiran. aku malas nak panjangkan cerita. bhahaha, so aku tulis apa yang ada dalam kepala aku. harap korang tak pening. nak baca bacalah sampai habis, toksey baca sudoh. huhu. Assalamualaikum.

*jamuan 4/12/2013*

some nota kaki untuk budak 5SC2 ;

Farah si gege :P, Shuhada, Najibah, Rtiey singer for 5SC2 *aku akan rindu suara dia T.T, Fifah, AinSya, DayahI sengal *haha, Mira Aina, Azhana, Widad, Piqah, Mek Wa, Afaf Amalin, Tengku, Aika budak tak serupa bikin *kekeke, Farhanah, Najidah, Fifah Ghazali, Maddie, Auni Cute *muwahaha, Aida Sam, Aien Che Lah aka NaCl --> budak hyperactive *bhahaha, Adibah, Mek Yah, Nurien, Ira aka Mek Ti, Maisarah, Kak Mien, Bella, Piyah si bulan bintang *huhu, Wani, Qilah my sweet enemy *gaduh sokmo :P, Mira Mustafa, Adawiyah, and last but not least, Joe budak tangan kreatif ^^, korang, 2 tahun tak cukup untuk kita lebih mengenali diri kita antara satu sama lain. sesungguhnya semua pertemuan, pasti akan ada perpisahan. ukhuwah fisabilillah, thats the most important. saye ingat lagi time first masuk sekolah, and time kita belajar, time kita gaduh-2 sikit, semuanya tersimpan dlm memori saya. mmg akan ada baik dan buruk, kalau takde dua tu, takkan terciptalah kehidupan ni. Allah dah warnai kehidupan kita dgn sebaiknya. just let the river flow, kalau kita nak bahagia dunia dan akhirat. saya harap korang tak lupa saya :) seriusly, saya takkan menyesal dapat kenal korang! semua ada karakter masing masing :) dan karakter tu yg mengingatkan saye dengan korang :) 
CREDIT