O W N E D

FOLLOW DBOARD



© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Pelangi 7 Warna

bismillahirrahmanirrahim,



selalu kan kita dengar ayat, "Allah turunkan hujan dan ribut yang kencang, kita bertanya kemanakah perginya langit yang cerah sedang kita tidak mengetahui, Allah telah menyediakan pelangi yang lebih indah dari langit yang cerah" aku selalu guna ayat ni, kalau aku dalam kesusahan. yups, mesti semua tu ada hikmahnya Allah nak bagi sesuatu tu. and kalau Allah bagi ujian kat seseorang tu, Dia takkan bagi yang tak boleh ditanggung oleh hambanya. tengok Allah sayang kita kan? :')

okay kita tengok keadaan perempuan. Allah suruh kita menutup aurat, kenapa? pernah tak kita fikir, kenapa Allah suruh kita tutup aurat. Sebenarnya,  tanpa kita ketahui, banyak kebaikan kalau kita menutup aurat. Diri kita, insyaAllah akan terpelihara dunia dan akhirat. ce tengok gambar bawah ni, renung-2 kanlah ;

{taknampak? click to enlarge}

siapa yang disalahkan? adakah kita, atau ibubapa kita? ketahuilah muslimah, selangkah kaki anda keluar rumah tanpa menutup aurat, selangkah kaki ayahmu kenereka. betul, aku pon belum cukup sempurna dalam menutup aurat, tapi tak salah kan? kita sama-2 menegur. Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Ya Allah, sesungguhnya bidadari di syurga amat cemburukan wanita yang solehah di dunia. tengok? tinggi kan martabat wanita solehah? kita ni perhiasan di dunia. takkan kita nak hancurkan diri kita sendiri? 



Allah takkan menyuruh kita berbuat sesuatu, tanpa memberikan kita ganjaran. Allah takkan mensia-siakan apa yang kita lakukan, kerana-Nya. Allah itu sayang dan cinta kepada hamba-Nya yang bertaqwa. insyaAllah kita sama-2 perbaiki diri, untuk menjadi wanita yang solehah, dunia dan akhirat. saya salah awak tegur, awak salah saya tegur. kita sama-2 menegur. insyaAllah itu yang terbaik :')

nak berubah mmg senang, tapi nak istiqamah dalam perubahan itu mmg sukar,
jadi sama-2 kita muhasabah diri, supaya dapat pertingkat amalan,
dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah kerana-Nya.
insyaAllah!
CREDIT