O W N E D

FOLLOW DBOARD



© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
It's Near! Ya Allah!

bismillahirrahmanirrahim,


Awal Muharam 1434H, hari yg mengembirakan untuk semua umat Islam, tapi mungkin bukan semua. pada tarikh tu, umat islam di Gaza, Palestin telah diuji oleh Allah kerana mereka telah dibom oleh puak-2 Israel Laknatullah yg kejam. Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memberi ujian kepada mereka, agar mereka menjadi orang yg sabar. Ya Allah, jika musibah ini diberikan kepada ku, adakah aku sanggup?? T__T

maksud ayat Al-Quran dalam gambar,


Katakanlah (Muhammad, kpd org-2 musyrik), "Tuhanku tidak akan mengindahkan kamu, kalau tidak kerana ibadahmu. (tetapi bagaimana kamu beribadah kepada-Nya), padahal sungguh, kamu telah mendustakan-Nya? Kerana itu, kelak (azab) pasti (menimpamu)."
{Al-Furqan:77}

ramai yang telah mati Syahid. Ya Allah, bestnya. nak jugak :') orang yg mati syahid, terus ke syurga, taknak ke? jgn ditanya mengapa, mengapa mereka sanggup melakukan itu. kita sendiri dah tahu jawapannya. orang Yahudi adalah musuh Islam, mereka akan mencari jalan untuk memusnahkan Islam. apa yang kita perlu buat sekarang hanya berdoa kepada mereka di Gaza, supaya Allah S.W.T. akan membantu mereka di sana mengalahkan musuh Islam. InsyaAllah. #PrayForGaza


pada ketika ini, kiamat makin hampir, sedarkah kalian? mungkin ada dan mungkin tidak. dan ada beberapa tanda-2 yg dpt dinyatakan ;

Banyak saksi palsu.
Kurang sifat amanah.
Zina bermaharajalela.
Ramainya anak luar nikah.
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Bermaharajalela alat muzik.
Banyak berlakunya gempa bumi.
Ramai orang soleh meninggal dunia.
Menghiasi Masjid dan membanggakannya.
Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya.
Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil.
Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja.
Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat.
Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang.
Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita.

tengok, semua dah pernah terjadi kan? cuma anda tidak sedar sahaja. bersediakah anda? saya belum, jujur saya katakan, ibadah saya , saya rasa tak cukup lagi untuk membuatkan saya menjadi ahli syurga yg kekal abadi. Ya Allah, mampukah aku? :'( 
"Jgn fikirkan adakah kita akan masuk syurga, tapi fikirkan bagaimana cara untuk menjadi ahlinya."

yes, ayat dekat atas tu lah mak saya selalu pesan kat saya, sebab saya selalu tanya, "umi, orang Islam memang masuk syurga kan? tapi akak takut lah :|" and then mak saya cakap "itu kerja Allah, kerja kita, fikir cara bagaimana nak jadi ahli syurga" saya pon diam lah. and mak pesan, Facebook, Twitter, Blog bukan tempat nak luahkan perasaan kita, tapi medium untuk berdakwah. sejak itu saya sedar, and saya berubah. saya harap saya istiqamah dalam perubahan saya , InsyaAllah.

kiamat itu sudah hampir sahabatku,
marilah kita bertaubat, masih ada waktu,
Allah pastu menerima taubat seorang hambanya itu.

Ya Allah, terimalah taubat dan ibadah kami, matikanlah kami dalam keaddan husnul Khatimah, tempatkan kami dan kedua ibu bapa kami kedalam syurga firdaus, bersama para anbiya' 
Amin Ya Rabbal Aalamin :')


CREDIT