O W N E D

FOLLOW DBOARD



© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Test



Ujian, setiap kehidupan dalam dunia ni akan berhadapan dengan ujian. Periksa? ya tu pon sebahagian daripada ujian. Tapi ujian yg paling perlu kita tabah menghadapinya is ujian daripada Allah, Allah yang Esa. Actually semua benda yang Allah bagi dalam hidup ni, adalah ujian.

Cantik?? Kurang cantik?? itu jugak ujian.
Berjaya?? Gagal?? itu jugak ujian.
Sedih?? Gembira?? tu pon ujian
Baik?? Jahat?? ujian jugak tu.

yups, semua tu ujian. kalau kita tengok benda tu guna mata kasar, kita akan pandang enteng, tapi kalau kita lihat dgn mata hati, kita akan anggap itu semua ujian daripada Allah. Ujian. Ujian yang mungkin berat. tapi kita mampu untuk atasinya, kerana Allah tidak akan memberi ujian, yang tidak mampu hamba-Nya tanggung. Remember that!
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :

1. Kaya sebelum miskin
2. Lapang sebelum sempit
3. Sihat sebelum sakit.
4. Muda sebelum tua.
5. Hidup sebelum mati.

Pernah tak kita fikir? kenapa Allah bagi kita ujian ni? kalau takde ujian, tak sempurna lah hidup kita. takkan ada sedih, dan gembira dalam hidup kita. takkan ada rasa ingin bangkit dalam diri kita. takkan ada rasa ingin mencapai kejayaan dalam hidup kita. takkan ada perkataan usaha dalam kamus hidup kita. dan paling penting, sudah pasti bibir kita senyap dan kering tanpa doa kepada Yang Esa, Allah S.W.T. tanpa berzikir kepada-Nya. Allahu Akbar, mungkin Allah beri kita ujian dan dugaan, supaya kita hampir kepada-Nya. Allah itu sayang kepada hamba-Nya. takpernah berat sebelah. Subhanallah.

Kesimpulannya, jangan mengeluh, jangan putus asa, jangan mengalah. kerana Allah tidak suka hambanya yang mengalah. Buang sifat mazmumah dalam diri kita. dan jangan pernah ada riak dan takabbur dlm diri kita disaat kita peroleh kejayaan. Nauzubillah. pesanan buat semua, bahkan buat diriku sendiri. Itu juga ujian. Allah nak tengok diri kita macam mana. Bersyukur atau Kufur? Allahu Akbar. Semoga kita di kalangan orang yang bersyukur. InsyaAllah. Sentiasalah berdoa kepada Allah, agar kita sentiasa tabah dalam menghadapi ujian-Nya. InsyaAllah.

#Alhamdulillah
CREDIT